SADIS BETUL !!! Penyepit Makanan Tercucuk Di Tekak Kanak-Kanak


$eorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya.
#Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh.
Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh.
#Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekak.
Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.
#Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah.
$elepas menjalani pembedahan selama satu jam, doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.
#Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak terkena saraf dan saluran darah penting.
Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi.
Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China.
Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya.
Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan sedang makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidung hingga ke otak.
-Agensi

0 Response to "SADIS BETUL !!! Penyepit Makanan Tercucuk Di Tekak Kanak-Kanak"

Post a Comment